mp3Japan.org Gathering


Pada hari Ahad, 18 Julai 2010 yang lepas, aku berpeluang menghadiri perjumpaan forum Mp3Japan.Org setelah hampir 4 tahun menjadi ahli forum tersebut. Kebetulan pula pada hari tersebut turut diadakan festival Bon Odori yang ke-34 untuk tahun 2010 di Shah Alam.

Apa itu festival Bon Odori ini ya? Bon Odori adalah gaya tarian Bon yang ditarikan ketika Obon. Tarian ini pada asalnya ditarikan oleh kaum Nenbutsu untuk menyambut roh yang mati, dan diraikan berbeza dari daerah ke daerah di Jepun mengikut kebudayaan masing-masing. Namun peredaran zaman telah mengubah tarian ini kepada bentuk hiburan semata dan menjadi satu acara dalam musim panas. Di Malaysia, festival Bon Odori dirayakan setiap tahun di Pulau Pinang dan di Stadium Matsushita Corp di Shah Alam, Selangor. Perayaan yang merupakan daya tarikan utama di Selangor ini, adalah dianjurkan oleh Japan Expatriate & Immigrant’s Society di Malaysia. Dibandingkan dengan perayaan di Jepun, festival dirayakan pada skala yang lebih kecil di Pulau Pinang dan Selangor, dan kurang berkaitan dengan Buddhisme tetapi lebih kepada mengenalkan budaya negara Jepun kepada rakyat Malaysia. Festival ini turut mendapat kerjasama dari Majlis Pelancongan Selangor.

Memandangkan pada hari Ahad tersebut aku mempunyai sedikit tugasan yang perlu diselesaikan di pejabat, maka aku tidak berpeluang untuk turut serta dalam festival ini. Anda boleh melihat gambar-gambar menarik festival Bon Odori yang dikatakan menerima kunjungan pelawat terbesar setakat ini di blog Maskawaih.Com dan Daniel Chew.

Hanya pada sebelah malam barulah aku dapat bersama ahli-ahli forum yang lain untuk sesi karaoke di Hotel Quality, Shah Alam. Ternyata bersemangat sungguh rakan-rakan forum ini walaupun setelah penat menari di pesta Bon Odori sepanjang hari! 😀

Setelah hampir 2 jam berkaraoke, kami pun beredar untuk makan malam di sebuah restoran berhampiran Stadium Shah Alam. Sempat juga aku mengambil kesempatan untuk mendapatkan sehelai T-shirt Mp3Japan ini dari pengasas forum iaitu Sephiroth. Bagi yang meminati senario muzik Jepun dan Korea bolehlah mendaftar di laman web Mp3Japan, untuk berkongsi minat anda dan menyertai aktiviti-aktiviti forum ini ya 😉

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

About reannez

A Facebook addicts, reader, gamer, blogger and an adventurer.
This entry was posted in Activities, Events, Forum and tagged , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to mp3Japan.org Gathering

  1. mufin y comel says:

    uish…baguih btol hang nie nyompat lg d pomot nyer web mp3japan d khalayak ramey2.. Aku pn sme mcm hang gak, bon odori tu lh 1st gath aku join kui kui…

  2. reannez says:

    Welkam welkam Seph 😀

  3. Seph M3J says:

    Sankyuu Reen subarashi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s