Paint Ball or Pain Ball?


Pada hari Ahad, 8 Ogos yang lepas, aku menggagahkan diri untuk menyertai  acara Paint ball yang dianjurkan bersama oleh group The Kuala Lumpur Friends Meetup dan The Budget Travellers, di Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam. Memandangkan dah nak masuk bulan Ramadhan, eloklah aku tutup aktiviti luar aku dengan perlawanan Paint ball.

Kali pertama aku main Paint ball ni, di Bukit Jalil bersama rakan-rakan sepejabat lama. Dan memang happening betul! Terasa macam di medan perang walaupun cuma bermain di padang dan berlindung disebalik tong-tong kosong dan zink-zink berkarat. Yang buat aku seronok sangat masa tu, dapatlah melepas geram dengan menembak direktor-direktor aku yang suka bagi kerja banyak kat aku dulu!

Untuk kali ni, aku bermain dengan rakan-rakan yang ada diantaranya tidak pernah aku kenal kecuali melalui internet, emel & Facebook. Jadi, kenala lebih berhati-hati bila nak menembak. Nasib baiklah kesemua mereka begitu sporting sekali dan yang paling penting faham objektif kumpulan ini ditubuhkan, iaitu untuk bergaul dan beriadah semata.

Tepat pukul 8.30 pagi, Shang & Suki dah pun tiba untuk menjemput aku untuk car pool ke Paint Ball Valley. Aku ditugaskan menjadi penunjuk arah memandangkan aku dah biasa sangat ke Shah Alam. Tiba di sana, Brenda, Bee & Marina dah pun menunggu di depan pintu masuk Taman Pertanian. Memandangkan belum pun pukul 10 pagi, kami bersarapan dahulu di cafe. Bayaran masuk ke Taman Pertanian? cuma RM3.00 untuk tiap seorang. Mungkin kerana beliau yang menganjurkan acara ni, Shang membayar tiket masuk untuk kami berenam.

Untuk ke Paint Ball Valley pulak, cuma perlu naik tren yang disediakan secara percuma kepada pengunjung-pengunjung. Bagi yang tak pernah atau lama tak menjejakkan kaki ke Taman Pertanian, macam-macam aktiviti dan tempat-tempat menarik terdapat di sana sekarang. Go-kart park, Skytrex, tapak perkemahan, chalet dan rumah tumpangan, kolam mandi awam, Taman Haiwan, Rumah 4 Musim, dan macam-macam lagilah. Maaf, aku tak ingat semua info pada brosur!

Sampai di Paint Ball Valley, kami membayar sebanyak RM100.00 untuk sewa mask, marker, armour, harness dan 500 peluru paint ball, termasuk makanan dan minuman. Cukup berbaloi, cuma sedikit terkilan sebab peralatannya tak berapa baru. Terutamanya mask yang tak berapa nampak jelas. Nasib baiklah cuaca memang cukup baik pada hari tu.

Ada 4 senario (yang aku gelar battlefield) kesemuanya untuk dicuba. Kumpulan kami yang berjumlah 17 orang dipecahkan kepada 4 kumpulan kecil untuk memudahkan pergerakan dan menikmati setiap perlawanan tersebut, dengan 2 orang marshal ditugaskan untuk perlawanan kami nanti. Aku ditempatkan dalam kumpulan 4 bersama Shang, Jerry & Lew.

Senario pertamaArcadia, kumpulan 1 vs. 3. Objektif perang, menembak kesemua musuh. Masa ni lah veteran paint ball, Shang memasang strategi berdasarkan perlawanan awal tersebut. Apatah lagi bila melihat Patrick dapat menembak kesemua ahli kumpulan 3 dengan mudah. Aku dan Lew akan bertahan dan memberikan perlindungan kepada Shang dan Jerry yang akan mara ke depan.

Strategi Shang ternyata berhasil, kami muncul juara untuk perlawanan kedua! Walaupun aku dan Jerry terkeluar selepas terkena tembakan musuh! Sebenarnya, peluru paint ball tu pecah bila terkena tong tempat aku berlindung membuatkan face mask aku penuh dengan cat! Marshal yang tak bagi peluang terus memberikan isyarat keluar.

Verdict – puas hati menang! good match walaupun tak banyak bergerak!

Untuk senario ke 2Sacred Valley, merupakan favourite aku sebab tak ubah macam setting dalam game Resident Evil 4! Kali ini, kumpulan yang kalah bertarung sesama mereka sementara kumpulan aku melawan kumpulan Patrick. Objektif perang, menaikkan bendera pasukan dalam masa 5 minit. Sekali lagi kami memasang strategi dengan aku & Lew akan terus mara dan kemudian bertahan di pondok. Sementara Shang dan Jerry akan terus mara ke bunker dan menembak musuh dari situ. Sebaik saja Marshal berteriak memulakan perlawanan, kami bergegas ke tempat yang dah dirancang. Hasilnya, hampir kesemua musuh dapat ditumpaskan dalam masa yang singkat. Aku dapat menembak Patrick yang sedang menyerang Jerry, dan Marina yang cuba bersembunyi disebalik kereta buruk dengan baju pink nya yang terang. Shang terkeluar selepas ditembak musuh yang sebelumnya dibiarkan kerana marker tak berfungsi. Tinggal aku dan Lew saja yang masih bertahan dan tak bergerak dari tempat persembunyian kami. Aku mengambil kesempatan untuk mara ke depan dengan Lew terus menembak untuk mengalih perhatian mereka. Taktik aku berjaya, bagaimanapun jariku terkena tembakan ketika berlindung menyebabkan aku terkeluar! Lew akhirnya berjaya menembak musuh tersebut ketika dia cuba menaikkan bendera kumpulannya!

Verdict – sekali lagi menang walaupun tipis!

Kami berehat sambil makan tengahari sebelum menyambung perlawanan seterusnya. Masih ramai yang berbaki peluru dengan 2-3 magazine lagi. Marshal meminta kami berjimat peluru untuk ke senario ke 4 nanti.

Senario ke 3Scorpions Nest, sekali lagi objektif adalah untuk menembak smeua musuh. Kali ini tiada pondok buruk, bunker dan tong-tong untuk tempat berlindung, cuma hutan dan pokok-pokok tumbang saja. Kali ni pihak musuh dapat mencium strategi kami memandangkan mereka telah melihat perlawanan-perlawanan sebelumnya. Sekali lagi Shang dan Jerry mengambil risiko untuk menyerang dengan aku & Lew bertahan. Kali ini yang kelakarnya, sorang dari pihak lawan kebetulan memakai baju kuning berlengan panjang seperti Marshal, menyebabkan Marshal menjadi mangsa tembakan disebalik kami! Apatah lagi warna baju tersebut kelihatan begitu menonjol disebalik kehijauan hutan. Kali ini kami menang lagi dengan mudah, dengan cuma Jerry terkeluar.

Verdict – tak banyak bergerak memandangkan tempat berlindung terhad menjadikan senario ini cukup mendebarkan!

Menjelang senario ke 4 The Bang Bus, peluru aku cuma berbaki separuh casing saja. Nasib baiklah masih ramai lagi yang mempunyai baki peluru untuk dikongsi beramai-ramai. Kali ini, kami dibahagikan kepada dua kumpulan sahaja – bertahan dan menyerang. Objektif penyerang – cuba menyentuh bas buruk di tengah-tengah tempat bertahan. Aku memilih untuk bertahan di bas tersebut. Penyerang dikatakan akan muncul dari setiap arah, maka kami mengikut cadangan Marshal untuk berlindung di sekeliling kawasan bas tersebut. Kali ini yang menariknya, bas tempat aku berlindung mempunyai jaring-jaring atau net yang menutup sebahagian tingkap bas menyebabkan tembakan-tembakan musuh sukar tidak kena pada aku langsung! Walau bagaimanapun, face mask kami menjadi semakin kabur dan berkabus kerana menunggu terlalu lama di dalam hutan tersebut hingga sukar untuk mengesan sebarang pergerakan musuh! Hasilnya, tembakan-tembakan rambang dilepaskan setiap kali ada pokok dan semak-semak yang bergoyang. Setelah hampir 15 minit bertarung, pasukan yang bertahan berjaya membunuh kesemua musuh, dengan aku kehabisan peluru ditengah-tengah perlawanan.

Verdict – pasukan penyerang memang tak akan ada harapan untuk datang dekat!

Pukul 4.30 petang semua senario dah pun dilalui. Terasa seperti veteran perang, cukup letih tetapi mengujakan. Ada lagi yang masih berbaki peluru, kebanyakannya yang terkeluar ketika awal perlawanan. Marshal memberikan mereka satu lagi senario iaitu zombie war – objektif, menghabiskan peluru dengan menembak sesama sendiri!

Setelah bersiap-siap dan membersihkan diri, kami beransur keluar dari Paint Ball Valley. Tiada gambar ketika perlawanan yang diambil oleh Marshal menyebabkan kami sedikit kecewa. Tapi mungkin Marshal pun tak ada masa nak mengambil gambar kerana sibuk memerhatikan perlawanan. Kami bergambar beramai-ramai di pintu Taman Pertanian sahaja.

Aku, Lew, Jerry, Ivy, Patrick, Shang, Suki, Mok, dan KC singgah di restoran mamak di Seksyen 4 untuk berborak-borak sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Review aku untuk acara ni dalam web Meetup:

“ Great battles & well fought warriors!! 4 teams enable us to finish each battles early and fought each team back to back. Good strategy by Shang, thus enable us (the defenders) to plan our victory in the end 😀 ”

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

About reannez

A Facebook addicts, reader, gamer, blogger and an adventurer.
This entry was posted in Activities, Adventures, Events and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s